PKP: Mereka yang mahu kembali dari kampung boleh mohon mulai hari ini

  • 2 tahun lalu
Bermula hari ini, orang ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing boleh membuat permohonan bagi tujuan itu.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi 'Gerak Malaysia' yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau memohon di balai polis berhampiran.

Disyorkan