PERKESO bantu ibu selepas anak maut kemalangan

  • 2 tahun lalu
Seorang ibu tunggal di Kampung Alor Keladi Hulu Besut sebak ketika menerima faedah pengurusan mayat dan pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk arwah anaknya yang terlibat dalam kemalangan Mei lalu.
Nik Zah Mamat menerima faedah pengurusan mayat sebanyak dua ribu ringgit dan pencen penakat berjumlah RM436.90 sebulan untuk seumur hidup bagi pihak arwah Anaknya Muhamamd Hafiz Baharudin, 26 tahun yang meninggal dunia akibat kemalangan pada 19 Mei lalu.

Disyorkan