UK tingkat sokongan gaji bagi mereka yang terjejas sekatan pergerakan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan UK akan membayar dua pertiga daripada gaji pekerja syarikat yang ditutup berikutan sekatan COVID-19 baharu yang dijangka berkuat kuasa minggu depan.

Dalam perubahan polisi, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak menyahut seruan perniagaan, pemimpin tempatan dan kesatuan pekerja untuk menyediakan pakej sokongan kewangan mencegah kehilangan pekerjaan secara besar-besaran di sektor yang bakal dikenakan sekatan baru.

Disyorkan