PKP 2.0 | Solat Jumaat, fardhu di semua masjid, surau Perak

  • 2 tahun lalu
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan agar solat Jumaat dan fardu dibenarkan diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan had maksimum 40 orang jemaah. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, titah berkenaan dibuat baginda selepas menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negeri Perak.

Disyorkan