Subsidi Petrol | KPDNHEP siasat jual RON95 bagi kenderaan asing

  • 2 tahun lalu
Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, pihaknya dari semasa ke semasa telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura bagi memastikan pematuhan larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan terbabit.

Disyorkan