Kemalangan | Tukang masak maut, motosikal rempuh belakang lori

  • 2 tahun lalu
Seorang tukang masak maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan di kilometer 355 Lebuhraya Pantai Timur 2 di Paka, Terengganu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dibahagian kepala dan badan.

Disyorkan