RMT | Rancangan Makanan Tambahan tidak perikemanusiaan

  • 2 tahun lalu
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diberikan kepada murid dari keluarga yang tergolong di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) nasional dengan pendapatan isi rumah RM1,169.

Peruntukannya ketika ini adalah sebanyak RM2.50 untuk seorang murid.

Namun disaat negara dihimpit dengan kenaikan harga barang, peruntukan tersebut dilihat menjejaskan kualiti makanan yang dihidangkan untuk RMT.

Tular di media sosial, hidangan RMT di Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung, Kuala Lipis yang dilihat tidak mencerminkan sebuah hidangan yang sihat.

Disyorkan