Ekonomi | MDEC sasar wujudkan dana khas bagi syarikat ESG

  • 2 tahun lalu
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mensasarkan dana khas bagi menyokong syarikat digital tempatan yang menuju ke arah berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui Bajet 2023.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahadhir Aziz berkata, buat masa ini MDEC tiada lagi dana khusus untuk ESG dan pihaknya sedang berusaha bagi memastikan ia dapat direalisasikan dalam menyokong Agenda Pembangunan Mampan 2030 dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Disyorkan