• 2 years ago
Sengkak wajah? Biasa kita dengar sengkak rahim untuk menaikkan peranakan bagi wanita lepas bersalin kan?

Tapi tahukah anda, sengkak wajah juga sama pentingnya dengan sengkak rahim. Kedua-duanya memberi manfaat yang sama namun pendekatannya berbeza.

Rawatan sengkak wajah mempunyai pelbagai manfaat untuk wanita yang mementingkan penjagaan dan penampilan wajah.

Bersama Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Pn Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.

Recommended