COVID-19 | Hanya 42.3 peratus kanak-kanak lengkap vaksin

  • 2 tahun lalu
Seramai 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat 2 Ogos.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata daripada jumlah itu, seramai 1.5 juta kanak-kanak atau 42.3 peratus lengkap menerima dua dos vaksin, manakala lebih seribu kanak-kanak dalam kategori moderate to severe immuno-compromised mendapat dos ketiga bagi melengkapkan vaksinasi primer sebanyak tiga dos.

Disyorkan