PRU15 | Mahu bina universiti minyak dan gas di Penampang

  • 2 tahun lalu
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Penampang, Kenny Chua Teck Ho mahu membina sebuah universiti berteraskan minyak dan gas di kawasan tersebut, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu optimis syor tersebut boleh direalisasikan dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan anak muda dalam industri berkenaan.

Disyorkan