• 2 months ago
'Batal perintah larangan terhadap komik satu penghinaan'

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengaku berasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan perintah larangan terhadap penerbitan komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang sebelum ini diharamkan pada 2019.

Menurutnya, tidak wajar komik yang mengiktiraf perjuangan komunis itu dibenarkan untuk diedar dan beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kerana ia umpama satu penghinaan kepada golongan tentera dan polis terutamanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam rakaman program Interviu pada Jumaat.

#BeritaSemasa #SinarHarian #KDN #Komik

Recommended