• 3 months ago
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has lodged a police report over the suspected sale of drugs on TikTok, says government spokesman Fahmi Fadzil.

The Communications Minister confirmed that the report was lodged on Wednesday (Sept 25).

Read more at https://tinyurl.com/3n7dfh4n

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih rakyat-rakyat media.
00:04Saya telah dimaklumkan mengenai aduan yang dimuat naik dalam Laman X semalam
00:12tentang dakwaan jualan dadah dalam aplikasi ataupun platform TikTok.
00:22Carian pagi tadi telah menunjukkan bahwa pihak TikTok telah mengambil tindakan
00:27untuk menurunkan akaun tersebut, ataupun dengan lebih tepat,
00:33akaun itu tidak lagi boleh diakses di Malaysia, dia telah hilang.
00:40Walaubagaimanapun, berdasarkan produk tersebut, saya telah minta pihak MCMC
00:48untuk meluaskan siasatan dan juga carian untuk mengenalpasti
00:54mana-mana pihak lain yang mungkin cuba menjual dadah seperti ini
01:01di platform bukan hanya dalam TikTok, tapi juga platform-platform yang lain.
01:07Dan satu laporan polis telah dibuat dan kita serahkan kepada pihak polis
01:12untuk menyelenggara dan menguruskan siasatan.
01:16Tapi pihak MCMC akan menghubungi pihak TikTok untuk mendapat tahu
01:24yang telah membolehkan akaun seperti ini beroperasi untuk satu jumlah
01:29yang kita tidak tahu berapa lama, tapi mereka boleh menjual dadah
01:34dalam platform TikTok.

Recommended