The Economy Ministry plans to list the full criteria for RON95 petrol subsidy eligibility by the first quarter of 2025, says Rafizi Ramli.
The Economy Minister said there is a mechanism in the works for those deemed ineligible for subsidies to submit appeals.
Read more at https://tinyurl.com/4srbem6s
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
The Economy Minister said there is a mechanism in the works for those deemed ineligible for subsidies to submit appeals.
Read more at https://tinyurl.com/4srbem6s
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan tahun 2025,
00:09seperti yang telah diumumkan semasa ucapan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober yang lalu.
00:16Penyasaran semula subsidi RON95 tersebut akan meliputi 85% rakyat,
00:23bagi memastikan majoriti rakyat kekal menikmati subsidi.
00:28Namun demikian, keputusan berkaitan definisi, pengkelasan dan kelayakan
00:35sedang diperhalusi dan perlu diputuskan oleh kerajaan.
00:40Penentuan penerimaan subsidi RON95 pada dasarnya
00:45akan berdasarkan konsep pendapatan boleh guna bersih.
00:49Penggunaan konsep ini menandakan peralihan
00:52daripada penggunaan pendapatan kasar kepada pendapatan boleh guna bersih.
00:57Ini bagi memastikan pengukuran dan penyasaran yang lebih tepat
01:02dan adil dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial.
01:06Maklumat pendapatan boleh guna bersih, isi rumah,
01:10akan diperolehi melalui padu dengan menggunapakai pendekatan
01:15perbelanjaan asas kehidupan wajah ataupun PAKW.
01:19PAKW merujuk kepada amount perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah
01:26untuk menjalani kehidupan wajah yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak
01:31serta berpeluang untuk menyertai aktiviti sosial dalam masyarakat.
01:36PAKW dapat memberi gambaran yang lebih jelas
01:39mengenai kemampuan isi rumah dalam menjalani kehidupan wajah.
01:44Pelasanan penyasaran semula subsidi RON95
01:49akan ada dua komponen utama saya telah jelaskan di dalam day one sebelum ini.
01:54Satu ialah penentuan kelayakan atau yang disebut dengan izin sebagai back-end.
02:00Satu lagi ialah pelaksanaan yang melibatkan stesen-stesen minyak
02:05yang disebut sebagai front-end.
02:07Persetujuan setakat ini adalah urusan untuk menentukan kelayakan
02:12dan penentuan individu itu akan diuruskan oleh Kementerian Ekonomi,
02:17sementara pelaksanaan yang melibatkan stesen minyak itu
02:20akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan
02:23karena itu memang bidang tugas Kementerian Kewangan setakat ini.
02:27Di pihak kami, bersabit dengan soalan Putrajaya tadi,
02:31perancangannya ialah supaya ia dapat diumumkan
02:36dalam suku pertama tahun 2025.
02:40Maksudnya penentuan, kelayakan, pengelasan ini akan diumumkan,
02:45seterusnya akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar untuk mendaftar
02:52dan bagi mereka yang telahpun semak dan didapati tidak layak,
02:57cadangannya adalah ada mekanisme untuk rayuan.
03:00Jadi perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu
03:04sebelum pelaksanaan stesen minyak kelak.
03:07Jadi sebab itu, tempoh separuh tahun pertama 2025 untuk pelaksanaan itu
03:13perlu diselesaikan pertamanya mengikut kelayakan
03:16dan keduanya seterusnya,
03:18barulah mereka yang layak, mereka tahu, mereka yang tak layak pun mereka boleh merayu
03:24sesuai dengan garis masa pelaksanaan yang telah ditetapkan.