• 18 hours ago
Seorang peniaga kecewa kerana masih belum dapat melaksanakan badal umrah untuk datuk dan bapa mentuanya selepas gagal terbang ke Makkah walaupun telah membayar kira-kira RM11,000 kepada sebuah syarikat pengendali ibadah yang terpalit dengan kontroversi pada Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Faizul Haika Mat Khazi.

Zainab Zaiha Abdullah, 43, dari Putrajaya berkongsi rasa terkilannya kerana persediaan dan kelengkapan untuk ke tanah suci telah dibuat malah, ibu mentuanya dari Kelantan sebelum ini datang ke Lembah Klang semata-mata untuk menghantarnya ke lapangan terbang.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/712888/berita/semasa/peniaga-kecewa-belum-berjaya-lunas-badal-umrah-untuk-datuk-bapa-mentua

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #badalumrah #jemaahterkandas

Recommended