Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Maros Sefcovic akan ke Washington D.C., Amerika Syarikat untuk rundingan dengan pegawai AS pada Isnin bagi mencapai persetujuan berhubung isu tarif.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pesuruh jaya perdagangan Kesatuan Eropah EU, Maros Sefcovic, dijadwal berlepas ke Washington pada Ahad bagi mengadakan rundingan bersama pegawai Amerika Syarikat pada Isnin.
00:10Menurut media antarbangsa, kunjungan itu diadakan bagi mencapai persetujuan berhubung isu tarif.
00:18Langkah itu menyusul selepas Presiden Amerika Donald Trump pada Rabu umumkan pengurangan duti tinggi yang baru sahaja dikenakan ke atas EU dan beberapa negara lain.
00:27Sebagai reaksi, EU menghentikan pelaksanaan tarif balas buat sementara waktu.
00:33Menurut jurucakap perdagangan Suruhanjaya Eropah, semua kemungkinan masih terbuka sekiranya rundingan tidak membuahkan hasil yang baik.
00:39Katanya langkah menangguhkan tarif menunjukkan kedua-dua pihak kini berada dalam ruang baharu yang mungkin membawa kemajuan dan hasil yang positif.