Ukraine dan Amerika Syarikat menandatangani memorandum untuk memulakan perjanjian pembangunan sumber mineral di Ukraine, membuka laluan kepada Perjanjian Perkongsian Ekonomi dan Dana Pelaburan.
Category
đź—ž
NewsTranscript
00:00Ukraine dan Amerika Syarikat menandatangani satu memorandum sebagai langkah awal ke arah memeterai perjanjian untuk pembangunan sumber mineral di Ukraine.
00:09Menurut Timbalan Perdana Menteri Pertama, berangkap Menteri Ekonomi Ukraine, pihaknya berbesar hati untuk umumkan perkara itu.
00:15Antara lain jelasnya, MOU tersebut membuka laluan kepada perjanjian perkongsian ekonomi serta pendubuhan dana pelaburan untuk pembinaan semula Ukraine.
00:23Sebelum ini, ketika era pentadbiran Joe Biden, Donald Trump pernah mencadangkan satu perjanjian khas yang membolehkan Amerika Syarikat mendapatkan akses istimewa kepada sumber asli dan mineral kritikal Ukraine.
00:32Ia sebagai satu bentuk bayaran balik terhadap bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Washington kepada Kiev ketika itu.
00:39Perkara sama diumumkan Trump ketika lawatan delegasi Ukraine ke Washington hujung minggu lalu bagi meneruskan rundingan susulan selepas pentadbiran Trump menawarkan perjanjian baharu yang lebih menyeluruh.
00:49Katanya rundingan tersebut akan dimuktamadkan seawal minggu depan.
00:53Terima kasih.