Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, menyarankan kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape untuk menangani penyalahgunaan dadah sintetik yang semakin membimbangkan.
Transcript
00:00Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau VAP yang kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baru.
00:10Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayub Khan Maidin P.C., perkara itu semakin membimbangkan apabila terdapat pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan VAP mengandungi bahan dicampur dadah yang jika tidak dikekang boleh menjadi ancaman baru di negara ini.
00:28Beliau berkata terdapat negeri telah mengambil inisiatif mengharamkan penjualan VAP yang membuat impak positif dan kerajaan negeri lain disaram ke jejak sama sementara menunggu kerajaan persekutuan menggubal undang-undang berkaitan.
00:40Katanya ada sesetengah negeri ambil keputusan tersebut dan ini bermakna kerajaan negeri juga boleh mengeluarkan larangan tersebut kerana lesin penjualan di bawah PBT pihak berkuasa tempatan.
00:49Ia sementara menunggu kerajaan pusat untuk menggubal undang-undang baru, kerajaan negeri agak boleh mengambil tindakan walaupun tidak secara keseluruhan tetapi turut memberi kesan.
00:59Johor Kekal melarang dan tidak mengeluarkan sebarang kebenaran lesin penjualan VAP atau rokok elektronik di negeri itu sejak 1 Januari 2016
01:05serta memuat kuasakan undang-undang melarang menghisap VAP termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual-beli peranti berkenaan.
01:13Ayub Han menambah semua pihak perlu berusaha menangani isu itu memandangkan VAP dilihat mudah dimanipulasi dengan dimasukkan dadah-dadah baharu yang berbahaya sehingga merosakkan masa depan gulungan remaja.
01:23Menurut ia lagi, dadah jenis fentanyl yang dikenali dadah zombie turut dikesan digunakan sebagai bahan dalam cucai VAP yang kesannya 100 kali ganda berbahaya dan kuat berbanding morfin 120 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroine.

Recommended