Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua individu kerana disyaki terlibat sebagai sindiket yang menguruskan proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran bayi dengan bayaran kira-kira RM10,000.
Transcript
00:00Sari kata oleh SDI Media
00:30Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada dua wanita berusia lingkungan 40-an telah ditahan sekitar pukul 1 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
00:43Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2023 dengan meminta dan menima rasuah kira-kira RM10,000 yang dimasukkan melalui akaun bank milik ejen.
00:55Manakala seorang lagi suspek yang bertugas di sebuah hospital swasta di Melaka disyaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Pendaftaran Negara berperanan mendapatkan sijil kelahiran menggunakan butiran palsu bagi pengesahan kelahiran bayi-bayi yang diuruskan ejen sedangkan tiada rekod kelahiran bayi di hospital terlibat.
01:15Menurut sumber operasi yang dikenali sebagai Ope Child, ini rentetan daripada Ope Birth yang melibatkan ejen dan sindiket pengarah SPRM Selangor,
01:25Harul Zom Mohamad Amin atau Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
01:35Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan berkenaan.
01:43Terima kasih kerana menonton!

Recommended