Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkunjung ke Ibu Pejabat Badan Nasional Penanggulangan Bencana dan AHA Centre untuk melihat sendiri secara dekat fungsi serta operasi badan itu dalam aspek pengurusan bencana.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Indonesia, negara yang begitu rentan dengan bencana, memiliki pengetahuan dan pengalaman mendalam dalam aspek pergerusan bencana.
00:08Untuk rekod, Indonesia merupakan negara kelima tertinggi di dunia mengalami pelbagai bencana seperti letusan gunung berapi, tsunami, gempa bumi, banjir dan tanah runtuh serta kebakaran hutan.
00:19Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia berkunjung ke Ibu Pejabat Badan Nasional Penanggulangan Bencana BNPB dan AHAS Center untuk melihat secara dekat fungsi dan operasi badan berkenaan.
00:37Ahmad Zahid berkata punca kuasa yang besar, kerangka undang-undang jelas serta penyelarasan yang kemas dan cekap memperlihatkan keupayaan Badan Penanggulangan Bencana Nasional BNPB menguruskan semua bentuk kecelakaan bencana sebelum, semasa dan pasca bencana.
00:57Koordinasi yang mantap ditunjukkan BNPB menggunakan data sains, teknologi dan pelaburan besar dalam meramalkan dan pencegahan bencana dapat mengurangkan korban nyawa dan kerugian harta benda akibat malapetaka bencana alam boleh dicontohi oleh Malaysia.
01:13Dan saya kagum dengan kesiapan yang ada di AHAS Center dan EOC. Nadma sebagai rakan pada BNPB merasakan bahawa banyak aspek yang boleh kita pelajari dan kita berkongsi informasi mengenai
01:39bagaimana kita boleh mengkoordinasikan semua aktiviti antara Nadma dengan BNPB.
01:50Yang lebih penting kerana Malaysia menjadi pengurusi ASEAN, the ASEAN Chair for this year.
01:58Secara kebetulan berlaku gempa bumi di Myanmar dan AHAS Center telah mengambil tindakan beberapa minit selepas adanya maklumat atau informasi yang sampai ke AHAS Center.
02:17Dan kami juga mengambil tindakan yang cepat di mana kebetulan berlakunya peristiwa itu adalah pada satu syawal.
02:26Jadi Nadma mempunyai dedicated team atau team dedikasi yang kita kenali sebagai smart team yang kita hantar juga ke Myanmar.
02:40Gempa bumi bermagnetid 79 pada skala rikta itu melanda Myanmar pada 28 Mac lepas telah meragut 3,726 nyawa dan mencadakan lebih 5,100 orang manakala ratusan lagi hilang setakat 18 April.