Draf PTKL 2040 kini di peringkat akhir dan akan dibentangkan kepada PM Anwar Ibrahim sebelum diwartakan. Ia bertujuan mengawal pembangunan di Kuala Lumpur.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Draf pelan tempatan Kuala Lumpur PTKL 2040 yang akan digunakan bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur kini di peringkat akhir penelitian.
00:10Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, draf berkenaan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:19Ia akan diteruskan dengan proses seterusnya iaitu Peguam Negara dan selepas itu PTKL 2040 boleh diwartakan.
00:25Draf PTKL 2040 adalah pelan yang termaktub dari segi perundangan untuk digunapakai oleh Datuk Bandar bagi mengawal perancangan pembangunan di Kuala Lumpur.
00:35Pada 30 Januari 2024, Dr. Zaliha menyeru pihak termasuk wakil agensi kerajaan, swasta, industri, badan bukan kerajaan NGO maupun warga kota dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam sesi pendegaran awam terhadap kandungan draf PTKL 2040.
00:51Beliau berkata semua pihak di Pelawa memberikan sebanyak mungkin pandangan, cadangan serta idea terhadap kandungan draf PTKL 2040 untuk diteliti oleh jawatan kuasa terlibat sebelum diwartakan pada suku pertama 2025.
01:05Draf PTKL 2040 menerjemah visi bandar untuk semua selain memberi tumpuan merangka perancangan guna tanah dan intensiti pembangunan dengan berbandukan kepada matlamat pembangunan seperti digariskan dalam plan struktur Kuala Lumpur 2040 PSKL 2040.
01:21Terima kasih kerana menonton!