Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pulau Pinang terbuka mempertimbangkan larangan jualan vape, mengikuti langkah beberapa negeri lain yang telah mengharamkan produk itu atas faktor kesihatan awam.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang terbuka untuk mempertimbangkan cadangan melarang penjualan rokok elektronik dan VAP di semua premis perniagaan di seluruh negeri, menurut Ketua Menteri Chow Konyau.
00:11Bagaimanapun beliau memaklumkan tiada sebarang perbincangan rasmi mengenai perkara itu telah diadakan setakat ini.
00:16Penyataan beliau dimuat naik menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu ketika semakin banyak pihak membangkitkan kebimbangan terhadap penggunaan VAP yang semakin meluas dalam kalangan remaja dan dikuatiri mampu menjejaskan kesihatan awam jika tidak dikawal secara ketat.
00:32Di Malaysia, beberapa negeri lain telah lebih awal mengambil langkah berhubung isu ini dengan Johor menjadi negeri pertama yang mengharamkan penjualan VAP sepenuhnya sejak tahun 2016.
00:42Kelantan dan Terengganu turut melaksanakan larangan serupa atas alasan kesihatan awam.
00:48Sementara itu, Selangor pula sedang mengkaji pelaksanaan kawalan ketat melalui pihak berkuasa tempatan bagi memperketatkan pengawasan penjualan serta penggunaan VAP dalam kalangan penduduk negeri tersebut.
00:58Perlis turut dilaporkan meneliti langkah pengawalan lebih ketat susulan peningkatan ketara penggunaan VAP dalam kalangan belia.

Recommended