Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
'Sekat hasrat BN peroleh 18,000 undi satu kejayaan'

Perikatan Nasional (PN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai kejayaan besar apabila berjaya menyekat hasrat Barisan Nasional (BN) memperoleh 18,000 undi seperti disasarkan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Mohd Fakhrudin Abd Aziz berkata, meskipun bertanding secara solo, PN berjaya mengekalkan kekuatan undi meskipun berdepan jentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725258/berita/politik/prk-ayer-kuning-sekat-hasrat-bn-peroleh-18000-undi-satu-kejayaan---pn

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #AyerKuning #PN

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jadi, untuk keputusan awal ni kita dapat lihat bahawa kita dapat agaklah majoriti lebih kurang dalam 4,000 lebih.
00:12Jauh daripada sasaran sebenarnya, sasaran barisan nasional 18,000 kan.
00:17Kan dia sebut 18K.
00:18Tapi kita berjaya untuk mendapatkan mereka hanya 10K tu gabungan antara PH dengan UMNO.
00:26Kita solo. Dulu kita dapat 6,000 lebih dan kita hari ini dapat 5,000.
00:32Kita dapat mempertahankan kekuatan kita walaupun dalam keadaan apabila kita lihat ramai di kalangan pengundi-pengundi muda tidak pulang.
00:42Pengundi muda tidak pulang.
00:44Jadi, kita biasa kita akan telefon, kita akan call.
00:50Jadi, banyak yang mengadu bahawa mereka tak dapat cuti, mereka baru balik hari raya.
00:56Ada yang kata kami dah habis duit, dah balik dah.
01:00Jadi, tak sanggup nak balik sebab masalah kewangan dan sebagainya.

Recommended