Menteri Belia dan Sukan berkata pembinaan kemudahan sukan akan dibina di atas tanah milik kerjaan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan.
“Kita tak mungkin boleh guna dana kerajaan untuk kemudahan milik swasta” katanya.
#AWANInews
“Kita tak mungkin boleh guna dana kerajaan untuk kemudahan milik swasta” katanya.
#AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kes ini sebenarnya merupakan program pembangunan Futsal Court sebelum ini dan selepas kita dapatkan semua data, semua yang boleh diserahkan kepada PBT kita telah serahkan, yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri juga kita telah serahkan tetapi ada yang dibina atas tanah persendirian.
00:19Oleh sebab itu, komplain adalah bila tanah persendirian, orang tak boleh akses satu. Kemudian persendirian itu pula mereka nak KBS terus membaiki. Kita tak mungkin boleh menggunakan dana kerajaan untuk menaik taraf fasiliti pihak swasta, orang milik persendirian.
00:38Itu sebab dalam parlimen, sudah berkali-kali saya telah jawab kepada semua ahli parlimen, ya semua nak kita naik taraf fasiliti tetapi tak mungkin saya boleh gunakan duit orang awam untuk naik taraf fasiliti swasta ataupun fasiliti persendirian. Itu tidak betul.
00:54Kalau tidak, nanti semua orang tanah, tanah jiran semua minta saya bina Futsal Court, Pickle Ball Court, macam mana? Mana cukup?
01:01Itu sebab kita dah hentikan tren ini dan sekarang dalam parlimen kita selalu jawab kalau nak kita bina satu duit kerajaan persekutuan, mesti dibina atas tanah kerajaan persekutuan supaya akses itu ada.
01:14Yang keduanya, penyelenggaraan itu penting. Kalau saya bina atas tanah kerajaan negeri tanpa persetujuan kerajaan negeri, kerajaan negeri mungkin kata lepas siap saya tak nak terima kerana saya tak nak selenggara.
01:27Kita dah ada banyak kes seperti ini di mana ahli parlimen adun minta naik taraf bina swing pool. Saya bagi contoh ya.
01:34Tetapi kerajaan negeri kata saya tak nak maintain swing pool kerana swing pool pump dia mahal setiap bulan saya tak nak bayar penyelenggaraan.
01:41Jadi bila nak serahkan itu, tak ada orang nak menerima.
01:45Itu sebab kita dah hentikan semua ini. Kita kata dapatkan persetujuan black and white dulu, kerajaan negeri mesti setuju untuk bagi kita tanah tersebut baru kita bina.
01:53ataupun mesti ada persetujuan antara kita dengan PBT ataupun kita dengan kerajaan negeri.
01:58Untuk tanah swasta memang kita dah hentikan.