Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis diraja Malaysia masih memerlukan pandangan daripada pihak luar dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan agensi keselamatan tersebut.
00:10Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata, walaupun pasukan polis adalah antara agensi di bawah kementerian dalam negeri yang telah lama ditubuhkan,
00:19ia tetap bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk universiti.
00:24Berucap pada Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia di Universiti Utara Malaysia UUM, Sintok, pada Ahad,
00:36kata beliau polis wujud sebelum UUM ditubuhkan.
00:39Ujahnya ia membawa pengalaman yang luar biasa dalam menangani pelbagai isu termasuk darurat, komunisma, sensitiviti agama dan keganasan.
00:47Katanya lagi, hakikat bahawa PDRM bersedia mengadakan kolaborasi dengan universiti menunjukkan adanya nilai yang baik.
00:55Walaupun mempunyai banyak kelebihan, PDRM tetap menghargai pandangan daripada pihak luar untuk penambahbaikan agensi.
01:02Oleh itu, usaha itu jelasnya wajar dihormati.
01:05Menurut Saifuddin Nasir Tuan, keamanan yang dinikmati di negara ini bukanlah hasil daripada kebetulan.
01:10Sebaliknya melalui perancangan teliti yang sebahagiannya adalah hasil usaha pasukan polis termasuk melalui kerjasama dengan pihak universiti.