Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama Negeri Kedah ke Expo Osaka Kansai, Jepun 2025.
00:11Mereka terdiri daripada dua peserta wanita dari Pertubuhan Silat Pulut Warisan Padang Petani dan Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia Kebangsaan.
00:19Pengurus Pertubuhan Silat Pulut Warisan Padang Petani Kedah, Mohd Nizam Ahmad berkata, kepergian mereka membawa nama Kerajaan Negeri sempena tahun melawat Kedah 2025.
00:32Katanya mereka dicadwal membuat persembahan bermula 27 April sehingga 5 Mei.
00:36Jujuan tujuan objektif Kerajaan Negeri, apabila buat persembahan di sana, nama Kedah dikenali melalui silat, melalui masakan dan nak tarik pelancong.
00:46Sebab Expo diusahakan nanti hanya dibuat 5 tahun sekali.
00:52Jadi tumpuan pelancong seluruh dunia dan setiap negara yang terlibat mesti membuat satu tempat khas by vilain.
01:00Malaysia pun buat.
01:00Bagi Nora Azliana Yaakob, 18 tahun, peluang membawa seni mempertahankan diri warisan Negeri Jelapang Padi Kepentas Antarabangsa,
01:10satu penghargaan untuknya membuka mata pelancong luar untuk datang ke Kedah yang kaya dengan pelbagai budaya dan tempat pelancongan menarik.
01:18Kita pergi bawa nama negara juga Malaysia, seorang harap yang ramai negara-negara lain buka mata yang bawa Malaysia ni memiliki banyak keunikan mereka yang tersendiri.
01:29Antaranya salah satunya ialah silat lah.
01:31Untuk Kedah pula saya berharap silat pulut ni lebih dikenal di mata dunia dan bawa nama silat pulut ni ke peringkat yang lebih tinggi lah, peringkat antarabangsa seperti ni.
01:40Kira-kira saya bawa nama silat ni untuk ke Jepun untuk saya nak bangkitkan silat kita ni yang ramai yang tak tahu silat ni apa dia, apa dia.
01:51InsyaAllah saya akan bawa nama silat untuk memperkenalkan budaya kita, kesenian kita yang orang tak tahu apa itu silat.
01:59Turut membawa masakan dan makanan tradisional dan unik Negeri Kedah, Chef Saifuddin Rosli, 46 tahun,
02:05menyatakan hasrat untuk menggunakan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha memperluas industri makanan Malaysia dan mempromosikan sektor pelancongan negara.
02:14Saifuddin menyifatkan pemilihan ini sebagai satu penghormatan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada seluruh masyarakat Kedah.
02:23Menaikan makanan warisan di Kedah yang jurni-jurni kekali orang Malaysia orang tak tahu tapi kita nak mengantarabangsakan Kedah.
02:31Contohnya makanan-makanan warisan di Kedah ni adalah gunung cap, bunga pudak, serabai, pek ngur, gulai batang pisang, gulai ikan temenung, laksa dan bermacam-macam lagi untuk kita nak mengenakan makanan warisan di Kedah.
02:52Expo Usaka Kansai Jepun 2025 di jadual berlangsung dari 13 April hingga 13 Oktober.
02:58Terima kasih kerana menonton!