Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala lebih 1,000 cedera dalam satu letupan besar dipercayai berpunca daripada bahan kimia di pelabuhan terbesar Iran di bandar Abbas, Tehran.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh, manakala lebih seribu cedera dalam satu letupan besar dipercaya berpunca daripada bahan kimia di pelabuhan terbesar Iran di Bandar Abbas.
00:11Laporan media rasmi Iran menyebut insiden berlaku di bahagian Syahid Rajai, iaitu pusat utama kontena negara itu, berhampiran selat hormus yang strategik.
00:22Letupan tersebut berlaku ketika Iran memulakan pusingan ketiga rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat di Oman.
00:28Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang petunjuk yang mengaitkan kedua-dua insiden.
00:34Jurucakap Pertubuhan Pengurusan Krisis Iran, Hossein Zafari berkata, letupan dipercayai berpunca daripada penyimpanan bahan kimia yang tidak selamat di dalam kontena.
00:44Katanya, amaran telah diberikan kepada pihak pengurusan pelabuhan ini sebelum ini mengenai potensi bahaya tersebut.
00:51Bagaimanapun, seorang jurucakap kerajaan Iran memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian.
01:00Presiden Iran Masud Pezizqian mengarahkan siasatan segera dan menghantar menteri dan negeri ke lokasi kejadian.
01:06Manakala usaha memadamkan kebakaran dan menghalang ia daripada berebak ke kawasan lain masih diteruskan.
01:13Iran dalam beberapa tahun kebelakangan ini berdepan beberapa insiden maut yang membabitkan infrastruktur tenaga dan industri, kebanyakannya disebabkan kecuaian.
01:22Antara insiden sebelum ini termasuk kebakaran kilang penapisan, letupan gas di lombong arang batu serta kejadian kecemasan di Bandar Abas yang meragut satu nyawa tahun lalu.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended