Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung punca letupan besar di pelabuhan selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan mencederakan lebih 1,000 orang, pada Ahad.
Transcript
00:00Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei mengarahkan siasatan menyeluruh berhubung punca letupan besar di Pelabuhan Selatan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang dan mencederakan lebih 100,000 orang ahal lepas.
00:14Arahan dikeluarkan selepas Presiden Masud Pazizkian mengunjungi lokasi letupan di Pelabuhan Syahid Rajai, pampiran Selat Hormuz dan sehingga kini kebakaran di kawasan strategik itu belum dipadamkan sepenuhnya.
00:26Khamenei berkata pihak berkuasa keselamatan dan kehakiman wajib menyiasat sepenuhnya, mendedahkan sebarang kecuaian atau niat jahat dan mengambil tindakan mengikut peraturan seadilnya.
00:39Dengan asap tebal dan pencembaraan udara merebak ke seluruh kawasan, semua sekolah dan pejabat di Bandar Abbas diarah tutup bagi membolehkan pihak berkuasa memberi tumpuan kepada operasi kecemasan.
00:50Kementerian Kesehatan turut menggesa penduduk mengelak keluar rumah sehingga notis selanjutnya dan memakai pelitup muka.
00:57Lawatan Presiden di Bandar Abbas iaitu lokasi kejadian turut disertai penghargaan kepada pasukan bantuan awal oleh pihak berkuasa selain mengenapasti jika ada perkara yang memerlukan tindakan susulan kerajaan.
01:10Kedutaan Rusia menyatakan Moskow menghantar beberapa pesawat yang membawa parkar untuk membantu memadam kebakaran.
01:16The New York Times memetik sumber rapat dengan pengawal revolusi Iran mendakwa bahan meletup ialah komponen utama bahan api pepejal peluru berpandu.
01:25Bagaimanapun jurucakap Kementerian Pertahanan menafikan kewujudan sebarang kargo bahan api atau kegunaan keteteraan di kawasan itu.
01:34Pejabat Kastam Pelabuhan pula menyatakan letupan mungkin berpunca daripada kebakaran di gudang penyimpanan bahan kimia berbahaya.
01:46Terima kasih telah menonton!

Recommended