Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil mendakwa legasi perjuangan Almarhum Dato’ Fadzil Noor berhubung agenda Perpaduan Nasional tidak lagi menjadi kompas perjuangan PAS yang kini lebih menjurus kepada politik perkauman. Beliau menyifatkan pendekatan sederhana dan berteraskan prinsip Islam yang pernah digariskan Fadzil Noor kini diteruskan oleh Amanah. Kemenangan kerajaan Perpaduan dalam PRK Ayer Kuning menurutnya adalah bukti rakyat menolak politik perkauman dan menyokong gagasan Perpaduan Nasional
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Setiausaha agung Parti Amanah Negara Amanah, Faiz Fazil menegaskan bahawa konsep perpaduan nasional yang pernah menjadi legasi perjuangan bekas Presiden PAS oleh Rahim Dato' Fazil Mohd Nur, kini tidak lagi diperjuangkan oleh PAS.
00:15Menurut Faiz, dalam satu kenyataan di Facebook, Fazil Nur yang dikenali sebagai tokoh sederhana PAS pernah mencadangkan konsep perpaduan nasional pada tahun 2001 sebagai respon kepada gegasan perpaduan Melayu oleh Tun Dr. Mahdi Mohd ketika itu Presiden UMNO.
00:31Fazil Nur ketika itu mengangkat kepentingan negara, melebihi sentimen perkauman dan menolak politik berasaskan kaum.
00:38Katanya pemikiran politik Fazil Nur sangat progresif, berlandaskan prinsip Islam seperti keadilan, masyarakat madani dan pentadbiran berkebajikan, satu asas yang digariskan dalam dokumen Memorandum PAS kepada rakyat Malaysia.
00:51Bagaimanapun, beliau mendakwa kompas politik PAS hari ini telah berubah menjurus kepada pendekatan sempit, berasaskan agama dan sentimen kaum.
01:00Antara isu yang dibangkitkan ialah kempen PRK Air Kuning yang dikaitkan dengan fitnah terhadap kaum Cina dan dawaan fatwa politik dalam isu penangguhan haji.
01:12Fazil turut membandingkan pendekatan politik semasa PAS dan gabungan Perikatan Nasional PN dengan taktik lama UMNO semasa era reformasi apabila hilang sokongan Melayu dalam PRU 1999.
01:23Katanya lagi, kemenangan calon kerajaan perpaduan, DPRK Air Kuning jelas menunjukkan rakyat termasuk pengundi Melayu sudah menolak politik perkawuman.
01:34Rakyat kini menerima formula baru politik gabungan PHBN yang berteraskan Perpaduan Nasional.
01:40Tambah Faiz, kekuatan ekonomi adalah asas utama dalam mengangkat martabat Melayu dan pemulihan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi keyakinan baru kepada rakyat.
01:51Faiz juga tegaskan bahawa agenda Perpaduan Nasional yang diperjuangkan Fazil Nur akan terus dipertahankan oleh amanah menerusi pendekatan wasatiyah dan prinsip rahmat untuk semua.