Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Suami isteri ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah

Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah Alor Setar sejak empat tahun lalu hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan Alor Setar pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hasil maklumat risikan yang dijalankan.  

Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil Eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram, selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbuk MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.  

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725940/berita/semasa/suami-isteri-ditahan-disyaki-terlibat-sindiket-edar-dadah

#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketedardadah #PDRM

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah Alostar sejak empat tahun lalu, hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Taman Perumahan Alostar pada Isnin.
00:11Ketua Polis Daerah Kota Seta, Assistant Commissioner Siti Nur Salawati Saad berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Seta, hasil maklumat risikan yang dijalankan.
00:24Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbu MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.
00:43berjaya merampas sebanyak 10,340 biji pil eramin 5 yang mana berat anggaran adalah sebanyak 2,846.29 gram.
01:00selain daripada itu, juga rampasan ke atas satu paket plastik lutsina berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin yang mana anggaran berat sebanyak 483.23 gram
01:15dan juga serebut dadah jenis MDMA, ini yang sintetik bawa yang banyak digunakan di pusat hiburan, anggaran berat 364.2 gram
01:30yang mana hasil daripada rampasan ini jumlah keseluruhan adalah sebanyak ataupun bernilai 189,642.43.80 lah ringgit
01:46dalam sebuah ini juga pihak polis telah membuat sitaan ke atas wang tunai berjumlah 530 ringgit yang dipercayai diperolehi melalui aktiviti pengedaran dadah ini
01:59jadi hasil saringan awal lah yang kita buat ke atas kedua-dua tangkapan ini
02:05salah seorangnya positif dadah jenis metafetamin dan juga epetamin
02:10yang mana salah seorangnya mempunyai 5 rekod lampau
02:155 rekod lampau, pelbagai kesalahan di bawah atas dadah berbahaya
02:20jadi yang seorang lagi ni yang perempuan ni tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah
02:24kedua-dua suspek ni diriman selama 7 hari sehingga 5 hari bulan
02:29bermula pada 29 April sehingga 5 Mei dan disiasat di bawah seksyen 39B
02:35akta dadah berbahaya dan juga bahagian 3 akta dadah berbahaya
02:41pelucut hakkan harta yang lelaki tu
02:44yang lelaki, hubungan suami isteri
02:45selamat menikmati
02:47selamat menikmati
02:49selamat menikmati
02:51selamat menikmati

Recommended