Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) lebih 200 gram, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nuratikah Athilya Hassan.

Pertuduhan terhadap Lim Ken Yi, 23, dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/726241/berita/semasa/penganggur-didakwa-edar-dadah-berdepan-hukuman-mati

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #EdarDadah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Magistrat di Johor Bahru atas tuduhan mengedah dadah jenis metilinadioksimptom vitamina MDMA lebih 200 gram bulan lalu.
00:13Pertuduhan terhadap Lim Ken Yee, 23 tahun dibacakan di hadapan Magistrat Azurin Sahira Saafi Afandi, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:25Mengikut kertas pertuduhan, dia yang juga seorang penganggur didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 1.30 petang di tepi jalan Dato' Abdullah Tahir di Johor Bahru.
00:36Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Kurungan 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B Kurungan 2 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan,
00:52jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan jika sabit kesalahan.
01:00Pemuda itu turut berdepan pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah jenis ketamin seberat 6 gram di lokasi dan masa sama.
01:08Bagi pertuduhan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 12 Kurungan 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Kurungan 3 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:29Mahkamah menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.
01:38Terima kasih telah menonton!

Recommended