Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung syiling milik warga emas, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Syafiq Mohamad Izhar, 30 tahun, membuat pengakuan itu atas pertuduhan yang didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #kescuri #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang tukang cuci mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Melaka pada Jumaat atas pertuduhan mencuri rantai emas dan tabung shilling milik warga emas bulan lalu.
00:10Tertuduh Muhammad Syafiq Muhammad Ishar 30 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Magistrat Shardashin He Muhammad Suleiman.
00:21Berdasarkan pertuduhan, dia bersama seorang lagi yang masih bebas didapati dengan niat mencuri rantai emas arwah isteri pengadu dan tabung shilling milik pengadu iaitu lelaki berusia 66 tahun tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM15,060.
00:39Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Pandan Jaya I, Balai Panjang, Melaka pada 22 April lalu.
00:46Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan.

Recommended