Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk segera meneliti isu yang dibangkitkan oleh pengamal perubatan swasta (GP) berhubung pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dan perdana menteri telah mendapatkan penjelasan daripada Dzulkefly.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727197/berita/nasional/pm-arah-menteri-kesihatan-teliti-isu-penggunaan-akta-723-terhadap-gp---fahmi

#SinarHarian #BeritaSemasa #Akta723 #FahmiFadzil
Transcript
00:00Yang Mabumat Perdana Menteri telah minta sedikit penjelasan daripada Menteri Kesehatan mengenai apa yang telah dimaklumkan dan dilaporkan dalam media semalam iaitu
00:14doktor-doktor, klinik swasta telah menghantar memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri mengenai isu pemaparan harga ubat di klinik-klinik swasta, hospital swasta dan farmasi.
00:33Dan Perdana Menteri telah minta supaya Yang Mabumat Menteri Kesehatan segera meneliti isu ini antara lain apa yang dibangkitkan melibatkan penggunaan Akta 723 iaitu Akta Anti Pencatutan
00:54Itu di bawah KPDN jadi ada di kalangan doktor dan juga MMA yang bertanya kenapa Akta tersebut digunakan dan bukan Akta 586
01:05Jadi Perdana Menteri telah minta supaya perkara ini segera dijelaskan dan masa yang sama jadual ketujuh dalam Akta 586
01:15yang mengawal harga konsultasi lawatan ke klinik-klinik swasta ini akan dikaji dan Yang Mabumat Menteri Kesehatan telah memaklumkan bahawa persiapan kertas jemaah menteri telah dibuat dan dalam edaran
01:37Jadi kita jangka dalam tempoh satu ataupun dua minggu hal ini akan dibawa semula ke jemaah menteri untuk diputuskan
01:44Jadi perkara yang telah dibangkitkan oleh para doktor melalui MMA telah diambil tahu oleh jemaah menteri pada hari ini
01:56dan beberapa langkah segera telah dibuat oleh pihak KKM untuk memastikan pelaksanaan dasar pemaparan harga ubat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
02:08Terima kasih kerana menonton!
02:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended