Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Polis tetap meneruskan siasatan kes simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim walaupun kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita mulakan pada jam ini laporan pertama iaitu siasatan kes Simbah Asid yang melibatkan tonggak utama pasukan selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim
00:11yang mana polis akan tetap meneruskan siasatan terhadap kes ini walaupun kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut NFA.
00:22Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Syuhaili Muhammad Zain berkata status NFA merujuk kepada tangkapan tiga individu
00:32serta beberapa petunjuk termasuk rakaman kamera lita tertutup CCTV dan lakaran wajah yang diedalkan sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
00:44Katanya ini merupakan prosedur operasi standar SOP dalam mana-mana siasatan.
00:49Sekiranya tangkapan tidak mempunyai kaitan atau membantu siasatan, timbalan pendakwa raya akan mengklasifikasikan kes sebagai NFA sehingga wujud perkembangan atau maklumat baharu.
01:01Muhammad Syuhaili berkata tiga individu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan selepas siasatan mendapati suspek sebenar menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu.
01:10Manakala hasil analisis forensik terhadap telefon suspek tidak menunjukkan sebarang bukti penlibatan dalam kejadian berkenaan.
01:19Katanya rakaman CCTV serta lakaran wajah yang diperoleh setakat ini juga tidak dapat mengenalpasti pelaku sebenar.
01:28Tambahnya sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada peguam yang mewakili Faisal dari semasa ke semasa.
01:34Dan sekiranya terdapat petunjuk baru, kertas siasatan akan dirujuk semula kepada pihak pendawaan.

Recommended