Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
Transcript
00:00Plan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk membatalkan peraturan ekspor cip kecerdasan buatan AI era Joe Biden membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
00:13Ia juga boleh memperkukuh penghususan negara dalam perkhidmatan dan pembuatan berteknologi tinggi sejajar dengan strategi nasional untuk memajukan industri semikendakta dalam rantaian nilai.
00:23Ketua Penyelidikan Pelaburan Kehian Wealth Advisors Nyeramberhad Muhammad Siddiq Jantan berkata ia berpotensi meningkatkan pelaburan terus asing FDI dan pertumbuhan dipacu ekspor untuk Malaysia.
00:39Katanya ia boleh mengukuhkan akses Malaysia kepada cip AI berteknologi tinggi seperti siri H100 dan H200 NVIDIA yang penting bagi latihan model bahasa besar LLM dan menjana infrastruktur data generasi akan datang.
00:55Kelonggaran itu menurutnya boleh memberi manfaat besar kepada ekosistem pusat data Malaysia yang semakin berkembang yang menerima FDI daripada gergasi teknologi global seperti Amazon Web Services, Microsoft dan Google sejak 2023 yang juga syarikat dari Amerika Syarikat.
01:13Muhammad Siddiq berkata keupayaan Malaysia untuk menarik modal berpunca daripada kemampuannya untuk menawarkan kos elektrik yang lebih rendah, kestabilan politik dan kedudukan strategiknya di tengah-tengah ASEAN.
01:24Pentadbiran Trump dilapor merancang untuk membatalkan sekatan cip AI era Biden sebagai sebahagian daripada langkah menyeluruh untuk menyemak semula sekatan perdagangan semiconductor yang mendapat tentangan hebat daripada syarikat, teknologi terkemuka dan kerajaan asing.
01:40Namun pembatalan itu yang masih belum dimuktamadkan.
01:45Pentadbiran Trump juga dilaporkan tidak akan menguatkuasakan peraturan penyebaran AI apabila ia dikuatkuasakan pada 15 Mei.

Recommended