Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji rundingan peringkat tinggi antara AS dan China yang berlangsung di Geneva, Switzerland pada Sabtu (10 Mei), menyifatkannya sebagai satu "reset total" yang dilakukan secara mesra tetapi membina. Dalam kenyataan di platform Truth Social, beliau menekankan keinginan untuk melihat China lebih terbuka kepada perniagaan Amerika, dan menyatakan "kemajuan besar telah dicapai". Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan. Rundingan itu bertujuan meredakan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia, yang kini memberi kesan besar kepada pertumbuhan global.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji rundingan antara Amerika Syarikat dan China yang berlangsung di Switzerland sebagai satu reset total yang dilakukan dalam suasana mesra dan membina.
00:12Ia dilakukan ketika kedua-dua negara berusaha meredakan perang perdagangan yang semakin membebankan ekonomi global.
00:19Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump memaklumkan satu kemajuan besar telah dicapai.
00:25Trump bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai bentuk kemajuan tersebut.
00:29Rundingan ini dianggap penting kerana ia berpotensi mengubah haletuju hubungan ekonomi dua kuasa besar dunia yang saling bergantung namun sering terperangkap dalam persaingan strategik dan dasar dagangan yang agresif.
00:55Terima kasih telah menonton!