Seramai 2,923 individu ditahan kerana melanggar larangan penggunaan senjata api semasa kempen pilihan raya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Terdapat peningkatan dalam bilangan insiden berkaitan pilihan raya di Filipina dengan 40 insiden disahkan setakat ini.
00:07Polis Filipina dalam satu kenyataan berkata 26 daripada insiden tersebut disifatkan sebagai ganas.
00:14Kebanyakan insiden ganas dilaporkan di wilayah autonomi bangsa Moro di Mindanao dengan 8 kes diikuti wilayah pentadbiran Cordillera dengan 7 kes.
00:24Tiga insiden ganas direkod di Zambuangga, dua di Lembah Cagaian, manakala satu insiden dilaporkan di Ilokos, Luzon Tengah, Baikol, Visayas Timur, wilayah Davao dan Sok Surgeon.
00:38Sementara itu, polis berkata seramai 2,923 individu ditahan kerana melanggar larangan penggunaan senjata api semasa kempen pilihan raya.
00:48Sebanyak 3,011 senjata api dirampas termasuk 1,120 revolver, 841 pistol dan 77 bahan letupan.
00:58Pilihan raya Filipina ditetapkan pada 12 Mei ini.
01:01Terima kasih kerana menonton!