Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Sempena Bulan Pemutihan, tempoh pendaftaran dan caruman pekerja oleh majikan dengan pengecualian kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FLCB) dilanjutkan sehingga 31 mei ini.
Transcript
00:00Sempena bulan pemutihan, tempoh pendaftaran dan caruman pekerja oleh majikan dengan pengecualian kompaun, pendakbaan dan faedah caruman lewat bayar atau FCLB dilanjutkan sehingga 31 Mei depan.
00:14Kala itu dimumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Stephen Sim, selan sambutan daripada para majikan serta peningkatan ketar jumlah pendaftaran dan caruman sepanjang bulan pemutihan.
00:24Menurutnya, peningkatan sebanyak 40% dalam pendaftaran majikan direkodkan berbanding tempoh sama tahun lalu sejak pelancaran bulan pemutihan ini.
00:368,234 ini merupakan peningkatan 40% berbanding bulan pemutihan tahun lepas.
00:44Jadi, lebih ramai majikan telah tampil ke hadapan untuk mengambil kesempatan aktiviti operasi pemutihan bagi mencarung untuk para pekerja mereka.
00:57Dan 8,234 majikan ini adalah majikan baru, yang adalah untuk akaun baru di mana mereka mewakili 61,746 orang pekerja.
01:11Beliau berkata demikian dalam sidang media di Menara Perkeso pada Jumaat.
01:16Teruk hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohd Azman dan Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, Azirwan Arifin.
01:25Jelasnya, tawaran pengurangan sehingga 50% bagi FCLB ke atas majikan sedia ada, kecuali mempunyai kes tuntutan faedah dan pendawaan serta notis kompaun termasuk kesalahan gagal daftar perusahaan, pekerja dan gagal lewat melapor kemalangan menerusi agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Kesumah, iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso.
01:48Hasil daripada bulan pemutihan ini, lebih kurang 1,062,000 pekerja telah mendapat pelindungan pekeso.
02:04Tambahnya, majikan yang baru berdaftar namun dikenakan FCLB dan tindakan kompaun akan dikecualikan sepenuhnya sepenuh bulan pemutihan ini.
02:17Pelanjutan tempoh ini adalah mesej kepada majikan yang belum melaksanakan tanggungjawab mendaftar pekerja mereka bagi mengelakkan kompaun dikenakan dan berdepan tindakan pendawaan serta FCLB selepas tempoh tamat.

Recommended