Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Seorang warga emas yang dilanggar oleh sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) selepas ia merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan pada Khamis, meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kejadian.
Transcript
00:00Seorang warga emas yang dilanggar oleh sebuah kenderaan utiliti sukan SUV selepas ia merempuh sebuah restoran makanan segera di Setiawan pada Khamis meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kejadian.
00:13Ketua Polis Daerah Manjung, STP Azizullah Abdul Rahman berkata warga emas berumur 73 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 10.56 malam ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Seri Manjung.
00:26Katanya turut menerima rawatan pesakit luar di Hospital Samua ialah tujuh mangsa lain yang terdiri daripada empat lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara 5 dan 38 tahun yang mengalami kecederaan ringan.
00:41Azizullah berkata kejadian berlaku sekitar pukul 9.10 malam apabila sebuah kenderaan jenis Volvo XC90 yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 29 tahun dari arah kampung Koh menuju ke arah Sungai Wangi hilang kawalan semasa dipersimpangan lampu isyarat hadapan restoran tersebut.
01:02Tambahnya polis telah menahal pemandu Volvo itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 dalam Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:11Terima kasih kerana menonton!
01:13Terima kasih kerana menonton!
01:15Terima kasih kerana menonton!

Recommended