Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Jika tanaman durian mampu menjana pendapatan lumayan, begitu jugalah perkhidmatan sebagai 'jurunikah' raja buah berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Permintaan tinggi daripada pekebun yang mahu 'mengahwinkan' pokok durian telah membuka peluang rezeki baharu kepada mereka yang mahir dalam bidang terbabit. 

Pengerusi Persatuan Penanam Durian Negeri Sembilan, Datuk Zain Maarof berkata, bagi setiap pokok saiz sederhana yang mahu dikawenkan, biasanya dikenakan caj antara RM30 hingga  RM50, manakala untuk pokok dewasa boleh mencecah RM300.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727496/edisi/melaka-ns/jurunikah-durian-jana-pendapatan-lumayan

#SinarHarian #BeritaSemasa  #pokokdurian

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jika tanaman durian mampu menjana pendapatan lumayan, begitu juga lah perkhidmatan sebagai juru nikah Raja Buah berkenaan.
00:10Permintaan tinggi daripada pekebun yang mahu mengawinkan pokok durian telah membuka peluang rezeki baru kepada mereka yang mahi dalam bidang terbabit.
00:19Ini kerana kaedah tersebut bukan sahaja mampu mempercepatkan hasil seawal usia pokok 5 tahun malah dapat memberikan baka buah yang lebih berkualiti.
00:31Kadar perkhidmatan kita bagikan untuk cantuman macam ni ataupun cantuman yang sebesar macam ni pokok, kita charge dia RM30 sepokok bergantung kepada saiz pokok.
00:45Kalau pokok yang saiz lebih besar macam tu, cantuman dia agak lebih pasal apa? Kulit dia agak tebal.
00:53Yang itu kita charge lebih kurang dalam RM100 ke RM150.
01:00Jadi bayangkan sumber pendapatan sebagai juru cantum nikah kahwin pokok ni, kalau satu pokok yang sedang-sedang macam ni pokok muda RM30, kalau 20 pokok, jadi berapa?
01:15Tiga kali dua, RM600.
01:19Cantuman tu tak sampai pun satu hari, lebih kurang dalam dua jam ni kerja, saya dapat RM600.
01:26Kalau satu ekor, lebih kurang 40 pokok.
01:3140 pokok yang kita cantumkan, kalau kadar perkhidmatan yang kita charge dia RM30, berapa?
01:37Empat kali tiga, berapa?
01:39RM1200.
01:40Kalau cantuman dewasa yang macam ni, kebun-kebun yang mana dia nak transform daripada durian kampung kepada durian premium, satu pokok kita charge RM100 ke RM150.
01:55So, bayangkanlah kalau dalam kebun tu dia nak transformkan, kebun dia tu satu ekor ada lebih kurang dalam 30 pokok.
02:04Kalau kita charge dia RM100, dah jadi RM3,000.
02:08Itu pun dah penjana sumber pendapatan itu.
02:11Terima kasih.
02:14Terima kasih.
02:14Terima kasih.
02:14Terima kasih kerana menonton!

Recommended