Kerajaan Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak lagi meneruskan penajaan pengajian bagi pelajar peringkat ijazah pertama ke Timur Tengah mulai tahun ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Perajaan Selangor dan Lembaga Zakat Selangor LZS tidak lagi meneruskan penajaan pengajian bagi pelajar peringkat ijazah pertama ke Timur Tengah mulai tahun ini.
00:10Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Dato' Muhammad Syazzihan Ahmad dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook JAIS berkata,
00:19bagaimanapun penajaan bagi pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah masih diteruskan.
00:25Boleh berkata penajaan bagi peringkat ijazah pertama akan diteruskan di Universiti Islam Selangor UIS atau Universiti Tempatan.
00:35Jelasnya ketetapan ini dibuat bagi mengurangkan risiko pelajar terdedah kepada pengaruh dan anaseh yang boleh mengganggu pemikiran serta jati diri pelajar jurusan pengajian Islam Selangor di Timur Tengah.
00:47Namun begitu bagi pelajar pesendirian yang tidak mendapat tempat di dalam negeri atau memilih untuk melanjutkan pengajian Islam di Timur Tengah,
00:56mereka masih dibenarkan menyambung pengajian peringkat jazah pertama di Mesir, Jordan dan Maghribi dengan pengurusan sepenuhnya dikendalikan oleh JAIS.
01:04Menurut Muhammad Syahzihan, langkah tersebut diambil bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia dari segi jati diri, penguasaan bahasa Arab serta memiliki pengetahuan dan kupayaan penting lain
01:16dalam menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran, sosana dan cabaran di Timur Tengah.
01:21Boleh berkata penajaan ke UIS di peringkat jazah pertama turut dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh ekosistem pendidikan agama JAIS yang telah lama wujud di peringkat rendah dan menengah.
01:33UIS dibilih selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Agama Islam Selangor, MAIS yang terbukti mampu melahirkan pelajar berkualiti dari segi ilmu dan akhlak serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
01:48Dalam benda itu, Muhammad Syahzihan berkata AIS dan kerajaan Selangor mengalu-alukan pemohonan daripada pelajar yang telah menamatkan pengajian ijazah pertama dalam bidang pengajian Islam
01:58untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sasjana atau doktor falsafah di Mesir, Jordan dan Maghribi dengan tajaan daripada LZX dan kerajaan negeri.
02:08Katanya, tawaran bagi penajaan pengajian peringkat ijazah pertama di UIS atau Universiti Tempatan
02:14serta penajaan ke peringkat sasjana dan doktor falsafah di Timur Tengah akan diiklankan pada Jun 2025.
02:20Sesi temuduga juga akan diadakan bagi menilai kelayakan pelajar yang memohon.