Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu semasa melampau mencecah antara 45 dengan 50 darjah Celsius di Mekah, suatu keadaan yang boleh membahayakan kesihatan jemaah.
00:12Kemudian Haji Saudi dalam kenyataan menyatakan tahun ini cuaca dijangka sangat panas dan kering.
00:19Suhu boleh mencecah melebihi 45 darjah Celsius di Madinah dan setakat ini sudah mencecah 41 darjah Celsius.
00:26Susulan musim Haji 2025 semakin hampir, jutaan jemaah dari seluruh dunia dijangka berkumpul di Tanah Suci dalam suasana yang penuh barakah, namun kali ini dengan cabaran kesihatan yang serius.
00:38Pada musim Haji 2024, lebih 1,300 jemaah dilaporkan meninggal dunia kebanyakannya akibat strok haba dan dihidrasi.
00:45Suhu pada ketika itu mencecah 51.6 darjah Celsius menjadikan 2024 antara musim Haji paling panas dalam sejarah modern.
00:52Keadaan itu turut diburukkan dengan kehadiran jemaah tanpa permit rasmi yang terpaksa menunaikan haji dalam keadaan tidak selesa dan tanpa kemudahan asas.
01:01Langkah praktikal yang disarankan kepada jemaah termasuk membawa botol air sepanjang masa dan minum secara berkala dan mengelakkan kegiatan berat antara 11 pagi dengan 3 petang.
01:10Mereka juga disarankan menggunakan belituk muka dan pakaian berwarna cerah dan longgar serta mendapatkan rehat berkala di kawasan teduh atau berhawa dingin selain mengelakkan makanan berat yang tinggi garam dan lemak.
01:22Jemaah juga harus peka terhadap berjalan awal strok haba seperti pening atau sakit kepala yang teruk, loya dan muntah, kulit panas, kering serta kemirahan selain mengelakkan degupan jantung laju sehingga pengsan atau tidak sedarkan diri.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended