Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.
Transcript
00:00Laporan luar negara, kereta api berkelajuan tinggi Jakarta ke Bandung di Indonesia yang dikenali sebagai WUSH mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari.
00:12Ia jumlah tertinggi sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada Oktober 2023.
00:15PT Kereta Cepat Indonesia-Cina KCIC memaklumkan WUSH telah membawa 25,316 penumpang pada Sabtu mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Januari 2025.
00:33Sejak mula beroperasi pada Oktober 2023, WUSH telah mengangkut sejumlah 9.2 juta penumpang.
00:40Menurut pengurus besar setiausaha korporat PT KCIC, Eva Khairunisa, pihaknya berterima kasih kepada semua yang memilih WUSH sebagai pengangkutan awam mereka.
00:49Belum menyifatkan pencapaian ini mencerminkan peranan WUSH yang semakin berkembang sebagai pilihan mobiliti yang pantas, selesa dan modern.
00:56Khairunisa berkata peningkatan jumlah penumpang bermula pada Jumaat apabila WUSH mencatatkan 22,000 penumpang dalam sehari.
01:03Rekod jumlah penumpang ini dicapai sempena cuti panjang hari WUSH di mana ramai orang menggunakan WUSH untuk bercuti bersama keluarga ke destinasi seperti Bandung, Jakarta dan Kerawang.
01:14Sejak Februari 2025, KCIC telah mengendalikan 62 perjalanan WUSH setiap hari.
01:19Tren di laluan Jakarta-Bandung beroperasi setiap 30 minit, manakala perkhidmatan ke dan dari Kerawang tersedia setiap jam.

Recommended