Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
“To Know Malaysia is To Love Malaysia” mengetengahkan 44 karya seni kontemporari oleh 10 pelukis Malaysia di Cultural Foundation Abu Dhabi dari April hingga September 2025. Ia adalah pameran antarabangsa pertama seumpamanya yang mempamerkan koleksi AFK, menyorot perjalanan seni dan identiti negara melalui lukisan, arca dan media campuran. Disokong oleh Christie's, CIMB Artober dan Limkokwing University, pameran ini menandakan kebangkitan seni Malaysia di pentas global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 44 karya seni kontemporari Malaysia kini dipamerkan di Abu Dhabi menerusi pameran To Know Malaysia is To Love Malaysia,
00:09major highlights on the art collection yang berlangsung bermula 10 April hingga 10 September 2025 di Cultural Foundation Abu Dhabi.
00:17Pameran ini menampilkan 10 pelukis kontemporari generasi pertama Malaysia yang dihimpunkan menerusi di AFK Collection
00:24sekaligus menjadi pameran seni kontemporari Malaysia pertama seumpamanya di Abu Dhabi.
00:30Ia merupakan kolaborasi antara DAFK Collection dan Cultural Foundation yang dikendalikan Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Abu Dhabi.
00:40Majlis pembukaan disedikan dengan kehadiran yang mulia Sheikh Ali Al-Muala,
00:45pengurusi Ardeko dan Duta Besar Malaysia ke Emiria Arab 1 yang terutama Tengku Datuk Siraju Zaman, Tengku Mahmud Arifin.
00:52Turut hadir adalah penggiat seni utama rantau teluk termasuk pengumpul seni, curator, galeris dan wakil media.
01:01Pameran ini dibahagikan kepada 5 tema utama, membongkar sejarah pergerakan seni kontemporari Malaysia,
01:07perubahan budaya dan alam sekitar serta ekspresionism awal dan unsur surrealism.
01:12Antara seniman yang ditampilkan ialah Ahmad Syukri Mohamad, Ahmad Fuad Osman, Ali Nur Razmal, Ani Kedini Madian,
01:21Fauzan Omar, Hamir Soeb, Mas Nur Ramli, Syushi Sulaiman, Yusuf Ghani dan Zulkifi Yusuf.
01:28Karya-karya mereka merangkumi lukisan, arca, media campuran dan pemasangan seni yang menggambarkan perubahan Malaysia
01:35daripada negara agraria ke arah negara modern yang pesat membangun.
01:41Pameran ini turut mendapat sokongan daripada Christie's, CIMB Artober dan Lim Kogin University of Creative Technology.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended