Penganalisis Ekonomi INCEIF University, Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata sektor-sektor kritikal seperti farmaseutikal dan sarung tangan getah akan menyaksikan kejutan pasaran untuk jangka masa pendek, susulan rundingan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Jelasnya, kejutan ini tidak akan berlanjutan lebih daripada empat minggu. #AgendaAWANI
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Prof, disebabkan itu, kenyataan-kenyataan yang tidak konsisten, memetik angka daripada langit, itu menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran.
00:09Dan kalau boleh saya rujuk kembali kepada laporan Mibank Investment Bank yang menyatakan bahawa apabila berlakunya penangguhan berkenaan tarif di antara Amerika Syarikat dan Cina ini menyebabkan sektor yang membeli saluran tangan getah akan mengambil sikap untuk tunggu dan lihat.
00:25Nak beli, tapi kena dia tunggu dulu. Jadi, Prof nyatakan di awal tadi bahawa apapun keputusannya, itu baik untuk negara kita, baik untuk ekonomi Malaysia.
00:34Tetapi sekiranya lebih banyak syarikat-syarikat yang berdagang ini mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat dan tidak berlaku transaksi, saya tidak langsung itu sedikit sebanyak mengganggu angka perdagangan dalam negara kita.
00:48Berdasarkan kenyataan itu, Prof, bagaimana untuk kita menyingkapi dan saya nak bawa perbincangan kepada soal strategi kehadapan ini, Prof?
00:55Ok. Tapi yang pertama sekali macam sektor-sektor yang terjejas ini, ini adalah sektor-sektor yang kita kata kritikal.
01:02Maksudnya, pembeli di sana menangguhkan sekejap dengan harapan tarif akan diturunkan lagi.
01:10Tapi mereka tidak boleh berhenti dari membeli sebab ini adalah keperluan, bukan keinginan.
01:16khasnya sarang tangan, barang-barang pharmaceutical.
01:20Ini adalah apa yang kita kata, kita tidak boleh tidak hidup dengannya.
01:26Jadi, bagi saya, kejutan ini adalah kalau ada pun kejutan sementara.
01:31Kejutan sementara sebab dia akan menyebabkan kekurangan di pasaran sana dan ini akan menyebabkan tekanan mereka.
01:40mahu tidak mahu, mereka terpaksa membesar.
01:43Cuma mereka tunggu dan lihat dengan harapan seperti mana berlaku semalam,
01:49tarif Cina diturunkan daripada 145 ke 30.
01:52Jadi, mereka mengharapkan adakah Malaysia akan diturunkan daripada 24 ke lebih rendah.
01:58Jadi, ini yang berlaku.
01:59Tapi, ini adalah satu tempoh yang saya kata short term shock yang tidak akan lebih daripada 3 atau 4 minggu.
02:06Tapi, adakah Prof menjangkakan bahawa rundingan pada pihak Malaysia itu tidak mustahil untuk kita dapat keputusan yang sama
02:13seperti mana China berunding dengan Amerika Syarikat, Prof?
02:17Tidak mustahil kita mendapatkan keputusan yang sama dengan China.
02:21Tetapi, cuma saya ingin melihat Malaysia tidak menggadaikan kedaulatan.
02:26sebab kalau kita lihat antara sektor-sektor kritikal yang Trump ingin
02:31ataupun kerajaan Amerika Syarikat ingin penetrate ke Malaysia adalah sektor-sektor
02:35seperti melonggarkan sertifikasi halal.
02:40Jadi, ini semua kita harus berhati-hati.