Sebuah kebakaran besar telah memaksa pihak berkuasa Sepanyol mengarahkan kira-kira 77,000 penduduk di Alcala de Guadaira untuk kekal di dalam rumah.
Gudang bahan kimia yang terbakar itu mencetuskan beberapa letupan kuat, dan asap hitam tebal kini menyelubungi kawasan perindustrian.
Gudang bahan kimia yang terbakar itu mencetuskan beberapa letupan kuat, dan asap hitam tebal kini menyelubungi kawasan perindustrian.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sekitar 77,000 penduduk diarah berada di dalam rumah, susulan kebakaran di sebuah gudang bahan kimia di bandar Alacala del Guadaira di selatan Sepanyol.
00:12Pihak berkuasa tempatan menerusi kenyataan di platform X pada rabu menggesa orang ramai supaya menutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan udara yang dicemari bahan-bahan berbahaya memasuki kediaman.
00:23Bagaimanapun angin yang bertiup dari arah barat, dijangka membawa asap menjauhi bandar berkenaan.
00:30Kebakaran di gudang yang terletak di kawasan pendestrian itu dilaporkan mencetuskan beberapa siri letupan.
00:35Rakaman televisyen menunjukkan kepulauan asap hitam tebal memumpung tinggi daripada kawasan gudang.
00:41Setakat ini, tiada laporan awal mengenai kecerahan akibat kebakaran dan letupan tersebut atau pendedahan kepada asap toksik.
00:48Punca kebakaran masih belum diketahui.
00:50Pihak berkuasa turut mengarahkan pemindahan penduduk atau pekerja dari kawasan pendestrian berkenaan.
00:56Risiko keracunan belum dapat dipastikan namun tegas pihak berkuasa arahan untuk berada di dalam rumah itu adalah langkah berjaga-jaga.