Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Polis sahkan insiden pelanggaran melibatkan bot pasukan keselamatan dengan sebuah bot pelancong ketika menjalani latihan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Langkawi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sahkan insiden pelanggaran melibatkan bot pasukan keselamatan dengan sebuah bot pelancong ketika menjalani latihan sempena pameran maritim dan aero angkasa antarabangsa Langkawi 2025 di Langkawi pada Khamis.
00:16Ketua Polis Daerah Langkawi SCP Syariman Asyari berkata insiden berlaku pada 4.34 petang melibatkan bot dinaiki 5 pegawai dan anggota sebuah pasukan keselamatan dengan bot pelancong yang diikat berhampiran pantai.
00:30Menurutnya dua anggota pasukan keselamatan berkenaan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Malah tiada sebarang kecederaan pada orang awam berlaku.
00:38Syariman berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian itu yang turut tular di media sosial.
00:45Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat serta dinasihatkan menunggu kenyataan penuh pasukan keselamatan untuk maklumat tepat.

Recommended