SPM candidates affected by the floods should be allowed to postpone their exams to another session at a more suitable time next year, says Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
The Indera Mahkota MP said that he had personally experienced the hardship of the impact of floods when he was at school.
Read more at https://tinyurl.com/bd59xppw
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
The Indera Mahkota MP said that he had personally experienced the hardship of the impact of floods when he was at school.
Read more at https://tinyurl.com/bd59xppw
WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Tuan Hendi Pertua, saya pernah mengalami derita banjir ketika saya muda.
00:08Pernah dua minggu berpindah di Sekolah Kebangsaan Banar Mentakap
00:13bersama arwah, ayah dan ibu, kebetulan kedua-duanya guru dan adik-beradik saya.
00:20Habis segala harta di rumah, termasuk peralatan sekolah,
00:26dan kita menggunakan perahu untuk bergerak.
00:31Saya faham derita anak-anak kita, anxiety mereka dan stres.
00:38Kerana berpindah, tak sempat selamatkan barang,
00:42termasuk peralatan sekolah dan nota peperiksaan SPM.
00:47Yang paling utama ialah stres untuk menyelamatkan nyawa.
00:53Ketika yang berhormat Putrajaya menjadi Menteri Pendidikan,
00:59kita pernah mengadakan SPM sidang kedua.
01:03Pada tahun 2021, ada sidang kedua pada tahun berikutnya akibat COVID-19.
01:11Pada tahun 2021, pernah ada sidang kedua pada tahun 2022,
01:18kerana sebahagian calon SPM, contohnya di Pasir Mas,
01:23lebih kurang 708 orang tidak dapat mengikuti peperiksaan.
01:29Saya memuji Kementerian Pendidikan Malaysia,
01:33khususnya para pegawai, guru-guru yang bekerja siang dan malam bertungkus lumus
01:39untuk meneruskan peperiksaan pada hari ini.
01:43Ada yang terpaksa naik trak bomba, berpindah dan sebagainya.
01:48Tetapi kepada anak-anak kita yang mengambil peperiksaan,
01:52kami di sebelah sini menghulurkan rasa empati atas derita yang mereka lalui.
02:01Saya ingin mencadangkan kepada yang berhormat Menteri dan kepada Kerajaan,
02:06apakah tidak mungkin agar calon SPM yang terkesan dengan banjir ini
02:13dibenarkan untuk menduduki sidang kedua SPM pada masa yang sesuai?
02:22Ada di kalangan anak-anak kita yang terkesan,
02:26tetapi dia nak terus mengambil peperiksaan,
02:29kerana dimampu mungkin dia dipindahkan ke asrama
02:33atau dia menumpang di rumah saudara mara dan sebagainya.
02:37Yang ini bolehlah mereka meneruskan kerana mereka nak cepat selesai SPM.
02:43Tapi memang ada yang terkesan dan tak mampu nak mengambil peperiksaan
02:49atas sebab-sebab yang saya jelaskan tadi.
02:53Kerana tidak mempunyai keadaan fizikal, psikologi yang sesuai.
03:01Jadi yang terkesan dan memang tak mampu ini,
03:05yang kita cadangkan, apakah tidak mungkin
03:09dibenarkan mereka menduduki sidang kedua SPM?
03:14Yang ini, Tuan Andy Petua, Tuan Pengelusi,
03:17tidak ada kena-mengena sama ada nak tangguh semua,
03:20sebab kita bukan nak tangguh semua.
03:22Hanya untuk mereka yang terkesan.
03:25Dan dia juga tidak begitu relevan
03:28dengan soal lambat sempat dan sebagainya
03:31untuk memohon kepada IPT.
03:35Tuan Pengelusi, kalau SPM dah tak lepas,
03:38nak masuk IPT mana?