• 20 hours ago
"Tanah ini satu-satunya harta peninggalan keluarga yang ada, tak mampu lagi lihat ia hilang 'ditelan' laut."

Demikian luah seorang warga emas, Ramlah Muhammad, 68, yang menahan sebak apabila melihat tanah miliknya di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus hanya menunggu masa untuk runtuh akibat dilanda ombak besar, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Ramlah berkata, tanah peninggalan keluarga seluas 0.4 hektar itu kini hanya tinggal sebanyak 20 peratus kerana sebahagian telah runtuh akibat dibadai ombak besar sejak bulan lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706884/edisi/terengganu/ini-sahaja-harta-yang-ada-tak-mampu-lihat-ia-hilang-ditelan-laut

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #tanahterhakis #fenomenaanginkencang #KualaNerus

Recommended