• 2 days ago
Kehidupan mewah seorang lelaki berperanan sebagai penghantar serta penjaga bekalan dadah dengan menerima upah sekitar RM50,000 terbongkar dalam serbuan di sebuah rumah teres di Bandar Sri Damansara pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.

Suspek dipercayai menjalankan kegiatan jenayah itu dengan dibantu dua lagi lelaki tempatan yang masing-masing menerima upah sekitar RM10,000 sebulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, hasil risikan dan maklumat dijalankan membawa kepada serbuan di sebuah rumah teres yang lengkap dengan kawalan keselamatan di Bandar Sri Damansara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712826/berita/semasa/hidup-mewah-jadi-tali-barut-sindiket-dadah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketdadah #talibarut

Recommended